Buku Kaedah Nurani

RM25.00

Kaedah Belajar AlQuran dengan cepat, pantas dan tepat.

Naskhah ini sangat bagus jika ada di setiap rumah untuk anak-anak segera mengenal huruf dan boleh cepat membaca AlQuran dengan tepat.

Setiap arahan tajwid di berikan sebelum setiap pelajaran.

 

Category:

Nota : Guru-guru boleh dapatkan untuk mengajar, Insha Allah Kaedah ini sangat mudah dan terbukti lengkap.

Semua arahan telah di tarjemahkan kepada Bahasa Malaysia. Ibubapa juga boleh mengajar berdasarkan arahan yang di berikan. Semoga anak-anak kita menjadi penjaga AlQuran daripada usia kecil lagi. Allah janji akan menjaga mereka yang menjaga AlQuran.

Ringkasan pengalaman saya belajar dan mengajar AlQuran menggunakan “Kaedah Nurani”

Sebenarnya “Kaedah Nurani” adalah kaedah belajar Asas Al Quran yang paling popular di peringkat antarabangsa.

Di Asia, America, Australia, England, Middle East dll.

Di Malaysia kaedah ini di gunakan di kebanyakan pusat tahfiz swasta.

Alhamdulillah hasilnya, kebanyakan para Huffaz dapat mempelajari alQuran dengan sebutan yang betul dengan pantas.

Saya sendiri belajar asas AlQuran, tajwid, makhraj dll dengan “Kaedah Nurani” ini.

Sebenarnya semasa usia saya kecil lagi, selepas saya khatam hafazan 30 juz pada tahun 1997, saya di minta oleh guru saya untuk membantu beliau mengajar semua pelajar yang baru masuk pusat tahfiz kami di Sungai Rusa, Balik Pulau, Pulau pinang, sehingga mereka dapat menguasai sebutan dan tajwid yang betul sebelum mula menghafaz AlQuran.

Setiap pagi saya akan di minta untuk adakan kelas asing, dan semua pelajar baru akan duduk bersama saya mempelajari asas alQuran dengan “Kaedah Nurani” ini.

Lebih kurang 10 tahun lepas saya berhijrah ke Kuala Lumpur dan mula mengajar beberapa kenalan saya yang baru memeluk agama Islam. Saya ingat lagi salah seorang telah membeli “Kaedah Nurani” ini di Muzium Kesenian Islam Malaysia, dan yang lain membuat salinan dan menggunakan untuk ramai rakan lagi kerana kami tidak dapat stok pada masa itu.

Alhamdulillah ramai daripada rakan-rakan saya yang telah mempelajari tajwid daripada saya dengan menggunakan Kaedah Nurani ini.

Ramai yang tidak mengenali huruf telah berjaya mengenali huruf dengan sebutan tepat dengan Kaedah Nurani ini.

Kami juga telah mulakan akademi dengan nama “Akademi Quran Nurani Rohani” pada tahun 2013 berasama dengan ustaz Ali Hanafiah Sallih.

Maka terdetik di dalam hati saya 7 tahun lepas untuk menerbitkan “Kaedah Nurani” versi Bahasa Malaysia, supaya arahan tajwid dapat difahami semua. Maka kami mulakan usaha sejak 2013 dan alhamdulillah Kaedah Nurani versi Bahasa Malaysia berjaya diterbitkan pada tahun ini (2020).

Semoga ini menjadi amalan jariah saya dan rakan-rakan sekalian.

Kaedah ini sangat sesuai untuk kanak-kanak yang baru nak mengenal huruf dan juga untuk remaja dan dewasa yang nak betulkan sebutan dan juga tajwid.

Ustaz Muhamad Ilyas Mohd Mydin

Pengasas Kaedah Nurani Versi Bahasa Malaysia

(Penasihat Syariah
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia)

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Buku Kaedah Nurani”

Your email address will not be published. Required fields are marked *